suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

50 Rumah Musnah Dalam Kebakaran Di Pulau Gaya

Kebakaran pernah menyebabkan sebahagian besar kediaman atas air di Kampung Pondo, Pulau Gaya musnah tahun lalu.

KOTA KINABALU: Kira-kira 50 rumah musnah dalam kebakaran awal pagi Isnin di Kampung Pondo, Pulau Gaya.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, Mohd Affendi K. Ramin berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada pukul 7.07 pagi.

"Anggaran awal rumah yang terlibat adalah 50 buah buat ketika ini," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, operasi memadam api sedang dijalankan bersama 20 anggota daripada Balai Bomba Kota Kinabalu termasuk sebuah bot bomba dan tiga bot Pasukan Gerakan Marin. -- Bernama

Pulau Gaya, Kampung Pondo

Artikel Lain