suria

Kapal Tangki 'Kemungkinan Besar' Berada Di Indonesia - APMM

MT Orkim Harmony
PUTRAJAYA: Kepulauan Natuna dan Anambas di Indonesia adalah pertaruhan terbaik untuk mencari MT Orkim Harmony, kapal tangki minyak yang hilang yang membawa 7.5 juta liter bahan api RON95.

"Berdasarkan kelajuannya, pada masa ini ia akan berada di perairan Vietnam jika ia bergerak ke utara. Jika ia bergerak ke timur, ia akan berada dalam perairan Kota Kinabalu petang ini.

"Tetapi sehingga kini, kita tidak dapat mengesan kapal tangki di perairan Sabah dan Sarawak, jadi ada kemungkinan besar ia masih di Laut China Selatan dan di kawasan berhampiran," Timbalan Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Datuk Mohd Puzi Ab Kahar berkata kepada pemberita.

"Kemungkinan yang paling besar adalah kapal itu berada berhampiran dengan Kepulauan Natuna dan Anambas," katanya.

Ahmad Puzi berkata pihak berkuasa Indonesia telah dimaklumkan mengenai perkara ini bagi membolehkan pelepasan diberikan kepada kapal Malaysia memasuki perairan mereka untuk menjalankan carian.

Kapal tangki itu terputus hubungan ketika berada di kedudukan 31.5km (17 batu nautika) dari Pulau Aur sejak pukul 8.54 malam Khamis.

MT Orkim Harmony telah belayar dari Melaka ke Kuantan apabila ia hilang.

APMM menerima laporan daripada syarikat perkapalan tentang kapal tangki yang hilang pada pukul 6.30 pagi Jumaat lalu.
APMM, MT Orkim Harmony

Artikel Lain