suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tindakan Tatatertib Penjawat Awam Gagal Bayar PTPTN - Khairy

Khairy Jamaluddin
PUTRAJAYA: Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mencadangkan tindakan tatatertib dikenakan terhadap penjawat awam yang gagal membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Beliau berkata tiada alasan bagi penjawat awam untuk tidak membayar balik pinjaman memandangkan mereka mempunyai pendapatan tetap.

"Bagi saya peminjam yang tidak membayar balik telah mengkhianati perjanjian dan menafikan hak pelajar lain untuk mendapatkan pinjaman yang sama kerana kita sedia maklum jumlah pinjaman PTPTN kini telah dikurangkan kerana ramai yang tidak membayar balik," katanya.

Katanya Jabatan Perkhidmatan Awam perlu pertimbangkan tindakan tatatertib dikenakan kerana penjawat awam harus mendukung dasar kerajaan dan bukan mengkhianati perjanjian tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyertai larian amal "Reach Out Run: Run for a Cause" ketika diminta mengulas laporan akhbar hari ini bahawa  lebih 33,000 penjawat awam masih gagal membayar pinjaman PTPTN.

Khairy berkata beliau faham sekiranya atas beberapa masalah seperti menghidap penyakit kronik mungkin mereka tidak mampu bayar balik, namun peluang masih diberikan untuk mereka menjadualkan semula bayaran balik.

Larian amal anjuran iM4U itu berjaya mengumpul RM200,000 yang akan diagihkan kepada empat badan amal iaitu Heart Foundation of Malaysia, Dyslexia Association of Malaysia, SVM Welfare Association dan Langkawi Animal Shelter and Sanctuary Foundation.

Artikel Lain