suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MCA Gesa Kerajaan Pertimbang Semula Cadangan Kenaikan Tol

Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: MCA menggesa kerajaan supaya mempertimbangkan semula cadangan untuk menaikkan kadar tol di lebuh raya.

Presidennya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, sekarang bukan masa terbaik untuk menaikkan kadar tol kerana rakyat masih berusaha untuk menghadapi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang baharu dilaksanakan.

"Kami berharap cadangan itu boleh ditangguhkan sehingga keadaan stabil," kata Liow yang juga Menteri Pengangkutan.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Wisma Hakka Malaysia, ibu pejabat Persekutuan Persatuan Hakka Malaysia, pagi Sabtu.

Terdahulu, kerajaan dilaporkan serius memikirkan cadangan untuk menaikkan kadar tol sehingga 30 peratus termasuk beberapa lebuh raya di Lembah Klang dan Lebuhraya Kulim-Butterworth serta Lebuhraya Pantai Timur 1.

Menurut sumber, perkara itu dibangkitkan semasa mesyuarat Kabinet pada Jumaat lalu.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof memberitahu Bernama bahawa kenyataan rasmi berhubung perkara itu akan dikeluarkan tidak lama lagi.


MCA, kenaikan tol

Artikel Lain