suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Sabah: ATM Siap Sedia - Hishammuddin

Hishammuddin Hussein.

KLUANG: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berada dalam keadaan bersiap sedia di Sabah untuk menghadapi gempa susulan yang mungkin berlaku di Ranau, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Beliau berkata, ATM berada di sana sejak hari pertama gempa berlaku di Ranau dan akan terus memberikan sokongan kepada usaha pemindahan dan kecemasan.

"Aktiviti mencari dan menyelamat dibawah Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan akan terus memantau situasi menerusi arahan Majlis Keselamatan Negara," katanya dalam satu sidang media di sini, Sabtu.

Terdahulu, Hishammuddin menghadiri sesi perjumpaan dengan peneroka Felda di Felda Kahang Timur di sini.

Beliau berkata demkian bagi mengulas gempa susulan berukuran 5.1 yang melanda Ranau, Sabah, kira-kira pukul 2.29 pagi Sabtu.

Gegaran kuat itu susulan gempa bumi berukuran 5.8 magnitud yang melanda Ranau pada 5 Jun lalu.

Dalam kejadian itu, 18 orang maut di Gunung Kinabalu.

ATM, siap sedia, gempa Sabah

Artikel Lain