suria

Dr Mahathir Dedah Rahsia Krisis kehakiman Selepas 27 tahun

KUALA LUMPUR: Tun Dr Mahathir Mohamad pada Sabtu mendedahkan pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Mohamad Salleh Abas pada 1988 dilakukan atas arahan Sultan Johor, Sultan Mahmud Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Perkara tersebut didedahkan beliau selepas 27 tahun Krisis Perlembagaan Malaysia (1988).

Menurut bekas perdana menteri itu, Sultan Johor yang juga Yang Dipertuan Agong pada ketika itu mengarahkan beliau supaya menubuhkan satu tribunal untuk menyingkirkan Mohamad Salleh.

Bagaimanapun, beliau berkata timbul masalah apabila peguam negara pada ketika itu enggan mengheret nama Yang Dipertuan Agong dalam kertas siasatan tribunal.

Sebaliknya, jelas Dr Mahathir peguam negara menggunakan nama beliau dan menyebabkan dirinya didakwa menyekat kebebasan institusi kehakiman sehingga hari ini.

"Peguam negara tidak mahu sebut nama sultan. Tribunal akhirnya buat keputusan Mohamad Salleh dipecat.

"Sampai mati saya dilabel sebegini (campur tangan dalam kuasa kehakiman)," katanya ketika berucap dalam program bual bicara "Dangerous Idea" di sini, Sabtu.

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau berkata krisis tersebut bermula apabila Mohamad Salleh menulis surat kepada Sultan Mahmud mengenai 'bunyi bising' yang didengarinya daripada salah sebuah rumah baginda.

"Itu merupakan tindakan yang salah dibuat Mohamad Salleh. Dia turut beri salinan kepada sultan-sultan yang lain.

"Tindakan itu menyebabkan Sultan Mahmud murka, maka baginda mengarahkan saya supaya memecat Mohamad Salleh," katanya.

Akibat arahan tersebut, Dr Mahathir berkata beliau dikatakan sengaja menyekat kebebasan kuasa kehakiman dan dakwaan itu tersebar ke seluruh dunia.

"Semua orang fikir begitu tapi itu semua tidak betul. Saya  tak jemput hakim datang ke rumah seperti perdana menteri lain walaupun semasa raya," katanya.

Pemecatan itu menyebabkan Mahkamah Agung Malaysia digantung dan tuntutan terhadap pengesahan timbang tara tidak dapat dibicarakan.

Timbang tara kemudiannya memecat Salleh Abas daripada jawatannya pada 1988.

Dr Mahathir Mohamad

Artikel Sebelum

TMJ Beri 'Isyarat'

Artikel Berikut

Artikel Lain