suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TMJ Beri 'Isyarat'

PETALING JAYA: Video berdurasi 17 saat yang memaparkan aksi tanpa suara Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi tafsiran yang mendalam.

Menerusi posting di Facebook Johor Southern Tigers, Tunku Ismail dilihat duduk di atas kerusi sambil menghadap ke arah taman.

Sambil tersenyum, Tunku Ismail kemudiannya memandang ke arah kamera dan menggamit tangan.

Sehingga berita ini ditulis, video yang dimuat naik di sejak Sabtu malam itu ditonton lebih 140,000 pengguna media sosial.

Video yang mendapat ribuan komen oleh netizen antara lain mengaitkan video berkenaan sebagai isyarat jawapan kepada amaran yang diberikan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Aziz kepada Tunku Ismail.

Awal hari ini, Nazri dilaporkan meminta Tunku Ismail supaya tidak campur tangan dalam urusan politik negara, jika tidak beliau akan dikecam.

“Saya rasa beliau harus menjauhkan diri daripada politik. Jika tidak, beliau juga akan dapat benda yang sama. Kita akan whack (belasah) dia.

“Raja-raja dan keluarga diraja ini berada di atas undang-undang. Kalau dia (Tunku Ismail) mahu menjadi ahli politik, jadi dia perlu beritahu. Kemudian kita boleh menjawab balik.

“Kamu memegang jawatan penting di negeri...kalau kerajaan “belasah” kamu balik, jangan marah,” kata Nazri di Universiti Malaya pada Sabtu.

Nazri berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tunku Ismail awal bulan ini berhubung ketidakhadiran Najib dalam program dialog Nothing2Hide.

Tunku Ismail Sultan Ibrahim

Artikel Lain