suria

"Setuju Rombakan Kabinet, Najib Orang Pertama Perlu Dikeluarkan" - Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bersetuju sekiranya rombakan Kabinet dilakukan dengan syarat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak perlu berundur terlebih dahulu.

Menurutnya, gesaan itu dibuat kerana beliau tidak lagi percaya dengan kepimpinan perdana menteri ketika ini dan bimbang Barisan Nasional (BN) akan kalah pada pilihan raya umum akan datang.

"Ya…perlu rombakan Kabinet dengan orang pertama yang perlu dikeluarkan adalah Najib.

"Saya rasa dia perlu meletak jawatan kerana selagi dia jadi perdana menteri BN akan kalah," katanya pada sidang media selepas menghadiri Persidangan Antarabangsa ‘Plight of the Rohingya Part II Crime Against Humanity’ anjuran Yayasan Keamanan Sedunia Perdana (PGPF) di sini, Jumaat.

Dr Mahathir menambah, beliau akan terus mengkritik dan memberi tekanan terhadap kepimpinan Najib selagi beliau tidak meletakkan jawatan.

Beliau menjelaskan, tindakannya itu adalah sebagai salah satu langkah bagi mengelakkan negara jatuh ke tangan pembangkang yang dilihat tidak mampu mentadbir negara ini.

"BN akan kalah dan pembangkang tidak boleh mentadbir kerana mereka pun berbalah sesama sendiri.

Akhirnya negara akan jadi anarki dan semua rakyat Melayu, Cina, India, Iban , Kadazan akan sengsara," katanya.

Tun Mahathir, Rohingya, Kabinet

Artikel Lain