suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

12 Pemimpin PAS Di Negeri Sembilan Letak Jawatan

Muktamar PAS baru-baru ini meluluskan tanpa bahas usul bagi memutuskan kerjama dengan DAP.

JELEBU: Dua belas pemimpin PAS kawasan Jelebu mengisytiharkan keluar parti susulan keputusan untuk memutuskan hubungan dengan DAP.

Diketuai Ketua Pemuda PAS Kawasan, Mohd Faizal Fadli Idris, kumpulan itu turut disertai pengarah pilihan raya, Saiful Bahri Jaaman dan beberapa pemimpin cawangan.

Mohd Faizal berkata, mereka mengambil keputusan untuk keluar daripada PAS berikutan parti itu mengingkari janji untuk bekerjasama dengan DAP dan PKR seperti yang dirancang semasa pembentukan Pakatan Rakyat pada 2008.

"Dengan berbuat demikian, PAS telah menggali kubur sendiri dan boleh melupakan hasrat untuk menawan Putrajaya," katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka mempunyai rancangan untuk menyertai mana-mana parti politik, Mohd Faizal berkata mereka masih belum membuat keputusan mengenai perkara ini.

"Tetapi perlu saya jelaskan bahawa kami tidak akan menyertai Umno atau Barisan Nasional," katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka akan menimbang semula untuk menyertai PAS jika parti itu membuat 'pusingan U' dan bersetuju untuk meneruskan kerjasama dengan DAP, Mohd Faizal berkata:

"Selepas melihat perkembangan Muktamar PAS baru-baru ini, kami membuat keputusan untuk tidak menyertai semula PAS di bawah kepimpinan semasa."

PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain