suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pribumi Sabah Bersedia Tenangkan Roh Suci Gunung Kinabalu

KOTA KINABALU: Masyarakat pribumi Sabah sedang memuktamadkan persediaan untuk mengadakan ritual bagi menenangkan roh-roh suci Gunung Kinabalu.

Antara yang pertama adalah masyarakat Lotud di daerah Tuaran yang akan mengadakan ritual yang dikenali sebagai 'monolibabow' atau majlis untuk berinteraksi dengan roh.

Setiausaha Kerja Persatuan Kebudayaan Kadazandusun (KDCA), Benedict Topin berkata masyarakat Dusun Tindal di daerah Kota Belud dan juga Kimaragang di Kota Marudu adalah antara yang merancang mengadakan ritual masing-masing.

Selain itu beliau berkata masyarakat Bundu Liwan di Kundasang iaitu di kaki bukit Gunung Kinabalu juga merancang mengadakan ritual.

Menurut Benedict lagi, kebiasaannya ritual berkenaan tidak perlu diadakan di atas gunung 'selagi lokasinya masih dalam lingkungan penglihatan'.

Ketua masyarakat Tuaran, Saniban Amphila berkata monolibabow yang akan diadakan pada Sabtu akan berlangsung di rumah ketua kampung di Kampung Bantayan, berhampiran bandar Tamparuli.

Beliau berkata majlis itu akan melibatkan sekurang-kurangnya dua 'tantagas' atau pendeta Lotud.

"Kami ingin tahu sama ada tindakan mencemarkan gunung itu ada apa-apa kaitan dengan gempa bumi.

"Jika ada, kami akan bertanya apa yang sogit perlukan untuk menenangkan gunung itu," katanya.

Gunung Kinabalu, Pelancong Bogel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain