suria

Guan Eng 'Talam Dua Muka' Berdepan Dengan PAS - MCA

Lim Guan Eng
PETALING JAYA: MCA telah melabelkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai 'talam dua muka' kerana berterusan mengubah pendiriannya untuk memutuskan hubungan PAS, rakan sekutunya dalam Pakatan Rakyat.

Dalam satu kenyataan pada Khamis,  Pengerusi Biro Publisiti MCA, Datuk Chai Kim Sen berkata Guan Eng telah melakukan 'tugas yang sangat baik' dalam mempromosikan seni 'wajah opera Sichuan' apabila sentiasa mengubah pendiriannya terhadap parti Islam itu.

"Sejak PAS menyerahkan semula Rang Undang-Undang Persendirian kepada Parlimen untuk melaksanakan undang-undang hudud di Kelantan, DAP telah berulang kali mengubah pendiriannya berkaitan memutuskan hubungan dengan parti Islam itu. Mereka mentafsirkan istilah dengan fleksibiliti yang menakjubkan.

"Pada satu ketika, hanya  'memutuskan hubungan dengan Presiden PAS' dan yang lainnya, 'memutuskan hubungan pada tahap yang tertentu sahaja," kata beliau sambil menambah ia tidak menghasilkan apa-apa melainkan satu pertunjukan badut apabila DAP berkata ia telah memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

"Kemudian muncul pula Ahli Parlimen Tanjong Ng Wei Aik yang memutuskan semua hubungan dengan sayap pemuda PAS Pulau Pinang," katanya.

Mengenai gesaan Guan Eng untuk wakil PAS di Pulau Pinang meletakkan jawatan dari jawatan kerajaan yang dilantik oleh semua negeri, Kim SEn berkata, Ketua Menteri Pulau Pinang telah berundur daripada pendirian asalnya.

"Kemudian ada panggilan oleh Lim untuk ahli-ahli PAS meletakkan jawatan daripada semua jawatan negeri yang dilantik oleh kerajaan mereka. Akhirnya, Lim berundur sedikit dan berkata beliau hanya menentang Hadi dan tidak pernah terlintas di fikirannya untuk memutuskan hubungan dengan PAS secara keseluruhan, "katanya.
Lim Guan Eng, Datuk Chai Kim Sen

Artikel Lain