suria

Pelancong Bogel Direman 4 Hari

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan empat pelancong asing direman empat hari mulai Rabu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mereka berbogel di Gunung Kinabalu pada 30 Mei lepas.

Perintah itu dikeluarkan Majistret Dzulhelmi Yunus terhadap dua beradik lelaki warga Kanada dan dua wanita - warga British dan Belanda.

Mereka berusia lingkungan 20 hingga 33 tahun.

Mereka ditahan pada Selasa bagi membantu siasatan mengenai dakwaan sekumpulan pelancong asing bertindak menanggalkan pakaian masing-masing apabila berjaya tiba di puncak gunung tertinggi di Asia Tenggara itu pada ketinggian 4,095 meter.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Gunung Kinabalu, Pelancong Bogel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain