suria

Nufam Digesa Batalkan Mogok

Nasaruddin Ismail

KUALA LUMPUR: Kesatuan Kebangsaan Anak-anak Kapal Kabin Penerbangan Malaysia (Nufam) digesa menimbang semula rancangan untuk mengadakan mogok jika syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) tidak menarik balik surat penamatan perkhidmatan bagi 6,000 kakitangannya.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata mogok yang dirancang akan menjejaskan industri penerbangan dan rancangan untuk memulihkan syarikat penerbangan itu.

"Saya harap mereka tidak melakukannya," katanya di sini pada Rabu.

Pada Selasa Nufam berkata mereka memberi MAS tempoh selama 48 jam untuk menarik balik surat penamatan dan melandtik semula pekerja.

"Jika permintaan tidak dipenuhi dalam masa 48 jam, pekerja yang terlibat akan menjalani bermogokj sebagai tanda protes," kata Presiden Nufam, Ismail Nasaruddin.

Nufam mendakwa mereka mewakili 3,500 kakitangan MAS.

Mengulas lanjut Ab Aziz berkata, pampasan dan faedah yang ditawarkan kepada kakitangan adalah adil dan tindakan mogok adalah tidak wajar.

MAS, Nufam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain