suria

Suspek Bogel Di Atas Gunung Kinabalu Dibebaskan Semula

Gambar 10 pelancong asing yang berbogel dan membuang air kencing di atas puncak Gunung Kinabalu menjadi viral di media sosial.

KOTA KINABALU: Salah seorang daripada 10 pelancong asing yang ditahan polis kerana berbogel dan membuang air kecil di atas Gunung Kinabalu pada 30 Mei lalu, dibebaskan semula pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Datuk Salehuddin Abdul Rahman mengesahkan penangkapan seorang lelaki Eropah berusia 38 tahun yang merancang hendak meninggalkan negara untuk ke Filipina selepas tiba dari Tawau pada kira-kira 4.20 petang Isnin.

Beliau berkata, lelaki tersebut merupakan salah seorang daripada 10 pelancong asing seperti yang dilaporkan pegawai Taman-Taman Sabah kerana berkelakuan biadap.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 290 Kanun Keseksaan kerana mengganggu ketenteraman awam, yang membawa hukuman denda sehingga RM400.

Suspek dipercayai sebahagian daripada sekumpulan 27 pendaki yang mendaki gunung itu pada 30 Mei, dan 10 daripada mereka berbogel serta membuang air kecil di atas gunung itu. 

Gambar-gambar kelakuan biadap mereka menjadi viral di laman sosial.

Kelakuan tersebut menimbulkan kemarahan pemimpin Kadazandusun yang mengakui perbuatan itu sebagai satu penghinaan kerana bagi mereka gunung itu adalah tempat suci.

suspek bogel, bebas, Gunung Kinabalu

Artikel Sebelum

Dua Pelajar IPTS Lemas

Artikel Lain