suria

PAS Tak Bersalah - Hadi

KUALA SELANGOR: Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak mengetahui mengenai gesaan DAP supaya pemimpin PAS melepaskan jawatan dalam kerajaan negeri Pulau Pinang.

Menurut Presiden PAS tersebut, parti Islam pimpinannya itu tidak melakukan sebarang kesalahan terhadap mana-mana sekutu pakatan pembangkang termasuk DAP.

“Saya perlu menunggu laporan daripada rakan-rakan di Pulau Pinang sebelum membuat kenyataan. Kita tak dapat maklumat rasmi sama ada daripada DAP mahupun rakan-rakan di Pulau Pinang.


“Saya tak mendapat maklumat yang jelas. PAS konsisten dalam Pakatan Rakyat dan kita berdisiplin, tak ada apa-apa kesalahan daripada pihak kita,” katanya pada sidang media selepas berakhirnya Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gesaan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Setiasusaha Agung DAP, Lim Guan Eng supaya pemimpin PAS yang memegang pelbagai jawatan dalam kerajaan negeri pimpinannya untuk meletak jawatan.

Gesaan Guan Eng itu susulan usul Dewan Ulama PAS Pusat yang diluluskan tanpa bahas dalam Muktamar PAS bagi memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan DAP.

Mengulas lanjut Hadi yang berjaya mempertahankan kedudukannya pada pemilihan parti kali ini menegaskan bahawa usul memutuskan hubungan dengan DAP perlu dikaji oleh Majlis Syuara Ulama sebelum tindakan susulan dibuat.

“Terpulang kepada keputusan yang akan dibuat,” katanya sambil memberitahu bahawa Majlis Syura Ulama PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung usul berkenaan dalam kadar segera.

Ditanya sama ada PAS takut dengan ugutan DAP berhubung kedudukan pemimpin PAS dalam kerajaan negeri pimpinan mereka, Hadi berkata: “Kita tak takut dalam perjuangan ini.

“Kita pernah kosong, pernah sertai kerajaan negeri dan pernah menyertai kerajaan pusat…pernah kosong.
PAS, Hadi

Artikel Lain