suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gempa Sabah: Isnin Hari Berkabung Negeri

Musa (kiri ) diberi taklimat oleh Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Nordin Fauzi.
RANAU: Kerajaan negeri mengisytiharkan Isnin sebagai hari berkabung berikutan peningkatan angka kematian dan kecederaan akibat bencana gempa bumi 5.9 magnitud pada Jumaat.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata, semua jabatan dan agensi dikehendaki mengibarkan bendera kebangsaan dan negeri pada separuh tiang .

Beliau berkata, festival Kaamatan peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada Ahad telah dibatalkan kerana gempa bumi itu.

"Fokus kami adalah untuk memulihkan keadaan di sini dan untuk meneruskan pencarian dan dasar menyelamat, " katanya.
Gempa Sabah

Artikel Lain