suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

20 Lagi Mayat Mangsa Sindiket Dikeluarkan Dari Hutan Mata Air

PADANG BESAR: Dua puluh lagi mayat dipercayai mangsa sindiket pemerdagangan manusia dikeluarkan dari hutan simpan Mata Air di Felcra Lubuk Sireh di sini, Sabtu.

Jumlah itu menjadikan 34 mayat dikeluarkan dari hutan tersebut setelah 14 mayat dikeluarkan pada Jumaat, menjadikan 69 mayat.

Sebelum itu 35 mayat dan rangka manusia dikeluarkan dari Bukit Wang Burma di Wang Kelian.

Ketua Polis Perlis SAC Shafie Ismail yang dihubungi mengesahkan 20 mayat dikeluarkan dari tapak dikenali sebagai Kubur 24 namun tidak dapat memberikan butiran lanjut.

Sekumpulan wartawan yang menunggu di Felcra Lubuk Sireh, melihat semua mayat itu diusung oleh anggota polis yang tiba di Felcra Lubuk Sireh kira-kira  6.50 petang Sabtu.

Semua mayat berkenaan terus dibawa dengan kenderaan polis ke Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk ujian patologi.

Usaha wartawan untuk mendapatkan maklumat tidak berhasil kerana anggota polis yang ditemui enggan mendedahkan sebarang maklumat.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan pada 25 Mei lepas penemuan 139 kubur mangsa sindiket pemerdagangan manusia di 28 kem transit di Bukit Wang Burma di Wang Kelian.

-- BERNAMA
Hutan Mata Air

Artikel Lain