suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bapa Duta Besar Malaysia Di Indonesia Meninggal Dunia

Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim
GEORGE TOWN: Bapa kepada Duta Besar Malaysia di Indonesia Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meninggal dunia di Hospital Gleneagles di sini Sabtu.

Menurut Zahrain, Allahyarham bapanya, Datuk Zainuddin Mohamed Hashim TM Hashim, 85, dimasukkan ke hospital itu sejak dua minggu lepas kerana masalah paru-paru di samping sakit tua dan menghembuskan nafas terakhir kira-kira 6 pagi Sabtu.

"Saya berada di Kuala Lumpur ketika adik saya telefon beritahu ayah saya sudah meninggal dunia. Semalam saya berada dengan Allahyarham, semalam nampak macam okey. 

"Tapi pagi tadi adik saya call beritahu dah nazak. Saya sempat menjaga Allahyarham di hospital selama seminggu," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata jenazah bapanya dikebumikan di tanah perkuburan Islam Datuk Keramat, di sini pada pukul 5 petang.  

Allahyarham meninggalkan enam orang anak termasuk Zahrain yang merupakan anak sulung, 26 cucu dan enam cicit.

Ibu Zahrain, Datin Noor Rana Talib meninggal dunia 24 Jun tahun lepas. -- BERNAMA


Artikel Sebelum

PM Tiba Di Arab Saudi

Artikel Lain