suria

Tun M Akui Tak Dijemput, Hadir Kerana Kedatangannya Diviralkan

Khairul Anwar memperkatakan sesuatu kepada Dr Mahathir selepas polis arah dialog Nothing2Hide dibatalkan, Jumaat.

KUALA LUMPUR: Pengerusi SukaGuam, Datuk Khairul Anwar Rahmat memberitahu bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebenarnya tidak dijemput secara peribadi untuk menghadiri dialog Nothing2Hide pada Jumaat.

Malahan, katanya, Dr Mahathir sendiri turut memaklumkan beliau sedar tidak dijemput menghadiri program tersebut dan kehadirannya itu kerana ia telah diviralkan di media sosial.

"Tun cukup gentleman untuk memaklumkan kepada saya bahawa beliau tidak dijemput. Namun dia datang kerana sudah diviralkan di media sosial bahawa beliau akan hadir.

"Oleh itu, dia beritahu perlu datang untuk diberi peluang bercakap atau bertemu dengan orang ramai sekiranya diberi peluang. Jadi Tun sebenarnya sedar bahawa  program itu khusus untuk NGO dan aktivis," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut mengenai perkara itu, Khairul Anwar berkata, beliau sudah memaklumkan bahawa Dr Mahathir boleh hadir sekiranya beliau bernaung dibawah mana-mana NGO yang menerima undangan ke program tersebut.

"Ketika PC pertama SukuGuam, kami ditanya sama ada Tun dijemput, saya bilang sekiranya Tun bernaung dibawah mana-mana NGO yang kita hantar undangan maka beliau boleh datang," katanya.

Program tersebut yang dijadualkan pada pukul 10 pagi Jumaat bertukar tegang apabila beberapa penyokong merempuh masuk ke Dewan Tun Hussein Onn selepas penganjur dinasihatkan polis untuk membatalkan dialog tersebut.

Program tersebut dihadiri lebih 2,500 ahli daripada lebih 300 NGO yang dijemput.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain