suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mat Sabu Anggap Kalah Besar 'Pelik'

Mat Sabu

KUALA SELANGOR: Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan kekalahannya dengan perbezaan undi besar sebagai situasi 'pelik' berdasarkan rekod kemenangannya sebelum ini.

Walaupun menerima dengan terbuka kekalahannya, Mohamad Sabu atau lebih mesra dipanggil 'Mat Sabu' berkata, beliau sedih dengan keputusan yang tidak memihak kepadanya.

"Kalah tu biasalah tapi undi sikit sangat, itu yang sedih. Rasa pelik," katanya pada sidang media di Muktamar Tahunan PAS ke-61 di sini, Jumaat.

Pada pemilihan kali ini, Mohamad mendapat 279 undi berbanding pencabarnya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang memperoleh 881 undi.

Sementara itu ditanya mengenai perancangannya sama ada mahu menyertai NGO PasMa, Mohamad memberitahu beliau memilih untuk bercuti bersama keluarga.

"Saya akan bercuti sekejap, tetapi tetap akan pegang kepada perjuangan Islam," katanya.

Artikel Lain