suria

Shabery Nafi Keluar Awal Mesyuarat Kabinet

Ahmad Shabery Cheek.

PETALING JAYA: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menafikan terdapat beberapa menteri keluar daripada mesyuarat Kabinet pada Rabu disebabkan perselisihan pendapat.

Menteri Komunikasi dan Multimedia itu merupakan antara tiga menteri yang dilaporkan keluar awal daripada mesyuarat Kabinet.

"Semua yang diperbincangkan adalah secara baik. Kita mungkin berdebat mengenai perkara tertentu tetapi akhirnya ia perlu dimaklumkan kepada Kabinet.

"Ini kerana sekiranya ia melibatkan wang rakyat kerana rakyat fikir hasil Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) digunakan untuk menyelamatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB)," katanya pada Selasa.

Beliau berkata, dengan tadbir urus itu, menteri-menteri Kabinet akan membiarkannya kepada sistem untuk menyiasat sekiranya terdapat sebarang salah laku.

Beliau mempersoalkan kredibiliti media yang membuat laporan mendakwa terdapat menteri keluar awal daripada mesyuarat Kabinet itu.

"Apabila saya menafikan laporan mereka di Twitter saya, ia akan menjejaskan kredibiliti di kalangan pembacanya.

"Tweet saya boleh menjadi viral, begitu juga Khairy Jamuluddin (Menteri Belia dan Sukan) menafikan 'mogok' tersebut. Rakyat akan mempersoalkan laporan mereka dan kredibilitinya pada masa akan datang," kata Ahmad Shabery.

Beliau memuat naik sekeping gambar berupa artikel di akaun rasmi Twitternya @shaberyc dengan menyatakan bahawa "Apakah ini cara baru melariskan akhbar dengan mencipta cerita sensasi yang tidak benar?"

Terdahulu, Khairy memberi respons berhubung dakwaan itu di Twitter dengan mengatakan: "Saya meninggalkan mesyuarat lebih awal kerana perlu menaiki penerbangan ke Kemboja. Satu cubaan yang bagus."

Akhbar China Press dilaporkan bahawa tiga menteri Kabinet iaitu Menteri Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, Ahmad Shabery Cheek dan Khairy Jamaluddin keluar lebih awal daripada mesyuarat Kabinet yang dihadiri mereka pada Rabu.

Ahmad Shabery Cheek

Artikel Lain