suria

Penganjur Konsert Gesa Polis Umum Hasil Siasatan Kematian Di Festival Muzik

Konsert Future Music Festival Asia 2014 yang diadakan di Bukit Jalil, Mac tahun lalu. Foto says.com

KUALA LUMPUR: Penganjur konsert dan industri hiburan di negara ini menggesa pihak polis untuk mengumumkan penemuan mereka mengenai punca kematian peserta dalam satu insiden di Future Music Festival Asia 2014 (FMFA) tahun lalu.

Gesaan itu susulan daripada laporan muka depan akhbar The Star yang memetik pakar patologi yang terlibat dalam bedah siasat sebagai berkata, mangsa meninggal dunia disebabkan oleh strok haba dan bukannya pengambilan dadah secara berlebihan sebagaimana yang diumumkan sebelum ini.

Persatuan Arts, Live, International Festivals and Events (Alife) dalam satu kenyataan berkata, pihaknya terkejut dengan laporan itu sambil menambah bahawa seluruh industri dan bukan sahaja penganjur festival berkenaan tidak dimaklumkan mengenai perkara sebenar berhubung insiden yang berlaku.

Ia berkata, dakwaan awal yang mengatakan bahawa mangsa meninggal dunia disebabkan oleh pengambilan dadah secara berlebihan akan memberi gambaran buruk kepada muzik genre eletronic dance di Malaysia.

"Sejak insiden itu, FMFA sering dipersalahkan, terutama apabila acara itu mempromosikan muzik genre itu," kata Alife dalam kenyataan.

"Ia menunjukkan elemen genre muzik ini ditolak pihak berkuasa kerana kebimbangan mereka terhadap kematian berkaitan dadah akan berulang," tambahnya.

Susulan pendedahan terbaharu itu, Alife menggesa pihak polis supaya telus dan memaklumkan mengenai laporan siasatan berhubung FMFA 2014 kepada umum.

Artikel Lain