suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Maut Digilis Lori

KEMAMAN: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis oleh sebuah lori di Kilometer 152.5 Jalan Kuala Terengganu-Kuantan di sini tengah hari Ahad.

Dalam kejadian pukul 1 tengah hari itu mangsa Hamdan Salleh, 41, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan ke sebuah pasar raya bagaimanapun ketika tiba di tempat kejadian mangsa dipercayai hilang kawalan lalu merempuh sebuah lori logistik yang dalam perjalanan ke Kuantan.

Sementara itu Pemangku Ketua Polis Daerah Kemaman DSP Normansah Din ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu dan berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.


--BERNAMA
Maut

Artikel Lain