suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Shahidan: Jadikan Kem Penyeludupan Sebagai Lokasi Pelancongan

WANG KELIAN: Kem penyeludupan manusia yang ditemui berhampiran sempadan Malaysia-Thailand di sini mungkin mempunyai potensi untuk menjadi tarikan pelancong, kata Datuk Seri Shahidan Kassim.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang melawat tapak perkhemahan pada Ahad, menyifatkannya sebagai lokasi sesuai dijadikan tempat pelancongan dan mempunyai kemudahan yang lengkap.

"Ia merupakan kem terbesar di kalangan 16 tapak perkhemahan yang ditemui dan ia terletak sekitar 100 meter dari sempadan.

"Semuanya masih utuh. Terdapat surau, masjid kayu, rumah untuk seorang imam, ladang sayur-sayuran dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa tulisan Thai di dalam masjid.

"Biar pelancong melihat semua yang berlaku. Apabila tempat ini dijadikan sebagai tempat pelancongan yang baru, ia akan menghalang aktiviti penyeludupan manusia," kata beliau.

Tambah beliau, sepanjang perjalanan selama sejam itu mendapati ada tin minuman alkohol jenama Thai dan permainan kad menunjukkan terdapat komuniti besar yang tinggal di sini.

"Saya tidak fikir kem telah dibina oleh rakyat Malaysia kecuali mereka komunis. Struktur khemah yang dibina daripada tenaga pakar.

"Saya menyeru kepada pihak polis agar melakukan siasatan segera terhadap kem ini dan mendedahkan bahawa ia bukan dibina oleh rakyat Malaysia. 

"Mengenai perancangan untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancongan, saya akan berbincang dengan pihak polis dan kerajaan negeri mengenai pemeliharaan struktur semula," katanya.

Artikel Lain