suria

Pertemuan Dengan Arul: "Saya Mahu Fahami Isu-Isu 1MDB" - Shahrir

Tan Sri Shahrir Samad
PETALING JAYA: Pertemuan dengan Pengarah Eksekutif Kumpulan 1MDB, Arul Kanda Kandasamy baru-baru ini adalah untuk memahami isu-isu dan mendapatkan maklumat berkaitan syarikat pembangunan strategik itu kata Tan Sri Shahrir Samad.

Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) itu dalam laporan yang dipetik dari BNBBC.my berkata bahawa pertemuannya dengan Arul Kanda adalah amalan biasa dalam membincangkan perkara berkaitan kepentingan awam.

"Sebagai seorang ahli Parlimen dan presiden kelab itu, saya perlu mendapatkan pemahaman yang lengkap tentang isu-isu penting yang bukan sahaja termasuk 1MDB.

“Ini bermakna sokongan dan pendirian ahli-ahli Parlimen BN adalah berasaskan fakta serta maklumat tepat dan bukan hanya sokongan berasaskan kesetiaan kepada parti semata-mata,” katan Ahli Parlimen Johor Bharu itu.

Beliau juga dipetik sebagai berkata bahawa BNBBC dari masa ke semasa mendapatkan penerangan daripada pelbagai pihak mengenai isu-isu yang ada kaitan dengan kepentingan ramai.

Shahrir berkata Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan turut hadir dalam pertemuan selama tiga jam di sebuah hotel Kuala Lumpur pada malam Rabu.

Katanya, pada malam sebelumnya, beliau telah berjumpa dengna Menteri Kewangan 11, Datuk Seri Husni Hanadzlah mengenai kedudukan semasa dan perancangan masa depan 1MDB.

Laporan itu juga berkata Shahrir, dalam kedua-dua pertemuan, telah menyampaikan pandangan supaya syarikat  berkenan dan kementerian  mengambil langkah untuk menambahkan modal syarikat sejajar dengan liabiliti yang ditanggung 1MDB tanpa bergantung kepada dana awam dan pinjaman baru.

Beliau dipetik sebagai berkata bahawa 1MDB mempunyai aset yang bernilai tapi sebagai sebuah syarikat ianya tidak dimodali sewajarnya.

Artikel Lain