suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Cedera Parah Terjatuh Dari Menara Masjid Kampung Baru

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki warga tempatan mengalami kecederaan parah setelah terjatuh dari menara masjid setinggi 70 kaki di perkarangan Masjid Kampung Baru di sini Jumaat.

Dalam kejadian pada kira-kira 7 malam itu, mangsa yang hanya dikenali sebagai Abshah, 23, patah kedua-dua belah kaki dan tangan serta mengalami  kesan lebam pada belakang kepalanya.

Bernama yang tiba di lokasi kejadian mendapati, lelaki terbabit ditemui dalam keadaan terlentang di bawah menara masjid dan masih mengerang kesakitan.

Jurucakap bomba dan penyelamat Titiwangsa berkata, berdasarkan saksi, mangsa dilihat memanjat pada bahagian menara untuk naik ke aras bumbung sebelum terjatuh.

menara masjid, Abshah

Artikel Lain