suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

22 Lagi Rangka Mayat Ditemui Di Bukit Wang Burma

KUALA LUMPUR: Sejumlah 22 rangka mayat yang berkafan dipercayai mangsa pemerdagangan manusia ditemui di Sektor A, Bukit Wang Burma, Wang Kelian, Perlis, setakat pukul 4.40 petang Jumaat.

Penolong Ketua Urus Setia KPN (Komunikasi Korporat) Polis Diraja Malaysia Bukit Aman ACP Datin Asmawati Ahmad berkata dengan penemuan ini, jumlah rangka mayat yang ditemui semenjak operasi menggali kubur yang dimulakan Isnin lepas ialah 35.

Beliau berkata Pasukan Forensik, Jabatan Siasatan Jenayah dan Pasukan Gerakan Am PDRM akan meneruskan misi menggali dan mengeluarkan rangka mayat di lain-lain lokasi yang telah dikenal pasti.

Isnin lepas, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengumumkan penemuan 139 kubur di 28 kem sementara sindiket pemerdagangan manusia antara Kampung Wai di Kuala Perlis hingga Tangga 100 di Felcra Lubuk Sireh, Padang Besar, sepanjang 11 kilometer.

Artikel Berikut

Artikel Lain