suria

Ops Warta: 12,133 Pesalah Serah Diri

KUALA LUMPUR: Sejumlah 12,133 pesalah trafik telah menyerah diri di seluruh negara dalam Ops Warta yang masih berjalan dan memasuki hari ke-11 pada Jumaat.

Menurut laporan trafik Bukit Aman, Johor berada di senarai teratas sebanyak 2,889 orang, diikuti Selangor (2,443), Pulau Pinang (1,012) dan Perak (976).

Sehingga hari ini, sejumlah 2,474 pesalah ditahan kerana gagal menyelesaikan waran tangkap mereka di seluruh negara.

Mereka terdiri daripada 729 individu yang akan didakwa dan 1,745 yang telah dikat jamin.

"Ops Warta" bermula pada 19 Mei lepas dalam usaha untuk menjejaki pesalah trafik yang telah dikeluarkan waran tangkap. 

Ops Warta, Polis

Artikel Lain