suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPAD Sita 80 Teksi Haram Guna Aplikasi Uber

Che Hasni dan pegawai-pegawai penguatkuasa SPAD bersama kenderaan yang dirampas digunakan sebagai teksi haram April lepas.
PETALING JAYA: Lapan puluh kereta sewa yang kebanyakkannya menggunakan aplikasi pengangkutan seperti Uber telah disita dalam tindakan keras terhadap teksi haram oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) sejak Oktober tahun lepas.

Ketua Penguatkuasa SPAD Datuk Che Hasni Che Ahmad berkata terdapat kereta milik persendirian tidak mempunyai lesen SPAD, dengan 52 daripada mereka dalam proses dilucutkan hak.

"Saya ingin mengingatkan pengusaha tidak berlesen untuk tidak mengambil risiko dengan menyediakan perkhidmatan yang tidak berlesen,"katanya.

The Star Difahamkan kereta yang ditarik balik lesen boleh dilelong oleh SPAD.

Difahamkan bahawa sebahagian besar pemandu telah menggunakan aplikasi pengangkutan seperti Uber dan Grabcar.

Seorang pegawai SPAD, berkata pemandu tetap perlu membayar ansuran kereta tersebut biarpun kereta mereka telah dilelong.

"Ini akan menjadi satu kehilangan besar kepada mereka," kata Che Hasni.

Individu yang didapati bersalah boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 atau dipenjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Manakala, syarikat kereta boleh dikenakan denda sehingga RM100,000.

SPAD

Artikel Lain