Kita Tak Terus Hukum Pelajar Pulang Dari Syria - Zahid - Semasa | mStar

Kita Tak Terus Hukum Pelajar Pulang Dari Syria - Zahid

Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kerajaan tidak bertindak kejam dengan menghukum pelajar Malaysia yang pulang dari Syria hanya kerana mereka belajar di negara itu.

Sebaliknya, beliau berkata, pelajar di negara pangkalan kumpulan militan Negara Islam (IS) terbabit akan disoal siasat dan  tiada tindakan akan dikenakan jika terbukti tidak terlibat dengan kumpulan itu.

"Kerajaan tidaklah sekejam atau sezalim yang disangka untuk menahan pelajar untuk jangka panjang. Ertinya, apa yang kita lakukan adalah bukan terus menghukum tetapi kita menyoal siasat mereka.

"Yang kita khuatir ialah apabila bekas tahanan ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri) yang dibebaskan dan berhijrah ke sana (Syria) yang bukan memperoleh ilmu di institusi pengajian tinggi tetapi ilmu peperangan untuk merekrut dan meneruskan rancangan serangan di Malaysia," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat pada Isnin.

Beliau menjawab soalan Datuk Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) berhubung kebimbangan mengenai jaminan terhadap pelajar Malaysia yang tamat pengajian di Syria apabila pulang ke tanah air.

Ahmad Zahid berkata, pihaknya bekerjasama dengan semua pihak termasuk di peringkat antarabangsa bagi memastikan pelajar Malaysia di Syria dapat pulang ke tanah air.

"Apa yang dilakukan oleh Kementerian Pendidikan ialah menyediakan tempat untuk mereka bagi menamatkan sesi pengajian di Malaysia," katanya sambil menambah dengan syarat subjek itu mempunyai kredit untuk dipindahkan ke sini apabila mereka meneruskan pengajian.

Menurut Johari, kerajaan sebelum ini mengeluarkan notis mengarahkan pelajar Malaysia di Syria supaya pulang ke tanah air berikutan konflik yang berlaku di negara itu.

Bagaimanapun katanya, terdapat segelintir pelajar masih berada di Syria kerana tempoh pengajian mereka sama ada dibiayai secara persendirian atau institusi lain mempunyai baki beberapa semester.

"Saya dimaklumkan sekarang ni ramai yang dah tamat pengajian tetapi dalam dilema untuk pulang ke tanah air kerana nanti ditahan dan disoal siasat dalam tempoh jangka panjang.

"Jika mereka tak balik, saya bimbang mereka akan direkrut oleh kumpulan IS," katanya.

Ahmad Zahid Hamidi , Syria , IS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain