suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mangsa Culik Di Sandakan Mungkin Dijual - Ahmad Zahid

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia yang diculik di Sandakan baru-baru ini mungkin dijual kepada kumpulan lain, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, setakat ini, keluarga mangsa belum mendapat sebarang panggilan berhubung tuntutan bayaran daripada kumpulan penculik.

Ini kerana katanya, lazimnya penculik tidak menghubungi keluarga untuk menuntut bayaran tetapi akan menjual kepada pihak lain.

"Ini sebagaimana yang berlaku kepada Koperal Zakia yang telah berpindah dari satu kumpulan kepada kumpulan yang lain, kononnya dibawa kepada pihak profesional dalam rundingan dan ketentuan harga tawaran yang dibuat," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perkembangan terbaharu mengenai dua rakyat Malaysia, Thien Nyuk Fun dan Bernard Then Ted Fun diculik dari restoran makanan laut Ocean King di Sandakan pada 14 Mei lalu.

Zakia adalah anggota pasukan Polis Marin Lans Koperal Zakia Aleip, yang diculik sekumpulan lapan lelaki bersenjata ketika melakukan rondaan di sebuah resort di Pulau Mabul, Semporna pada 12 Julai tahun lepas dan dibebaskan Mac lalu.

Zahid berkata, berdasarkan maklumat yang diterima, mangsa culik terbaharu di Sandakan telah dibawa ke Pulau Jolo, di selatan Filipina.

"Saya berharap mangsa culik berada dalam keadaan yang selamat," katanya.

Artikel Lain