suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rohingya: Pengusaha Kem PLKN Akur

Semua kem PLKN dilengkapkan dengan kemudahan menginap dan kawalan keselamatan yang lengkap.

PETALING JAYA: Pengusaha Kem Latihan Khidmat Negara (PPKN) sedia bekerjasama jika kerajaan memutuskan untuk menempatkan pelarian Rohingya di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).

Presiden PPKN, Datuk Seri Ahmad Kamel Ibrahim berkata, tindakan murni itu sesuatu yang tidak akan dibantah semua 85 pengusaha kem berkenaan.

"Atas dasar peri kemanusiaan, tentunya kami akur jika kerajaan menerusi Kementerian Pertahanan mengarahkan supaya kem PLKN digunakan untuk menempatkan pelarian Rohingya.

"Bagaimanapun, tentunya perkara ini perlu diperincikan terutamakan dari aspek keselamatan dan kesihatan," katanya ketika dihubungi mStar Online, Isnin.

Beliau berkata demikian bagi mengulas cadangan kerajaan Pulau Pinang supaya pelarian Islam dari Myanmar itu ditempatkan sementara di kem PLKN kerana ia mempunyai kemudahan yang sesuai termasuk tempat tidur dan kawasan berpagar.

Saranan itu disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh yang memaklumkan terdapat empat kem PLKN di negeri itu dan 85 diseluruh negara yang terletak di bawah bidang kuasa Kementerian Pertahanan.

Sehubungan itu, kata Ahmad Kamel, beliau percaya tentunya Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang ketika ini bertanggungjawab terhadap isu pelarian Rohingya ini akan merujuk kepada Kementerian Pertahanan berhubung perkara itu.

"Tentunya jika ia menjadi kenyataan, pihak KDN perlu menempatkan anggotanya termasuk polis dan Imigresen bagi memantau situasi pelarian berkenaan, selain Kementerian Kesihatan menyediakan pasukan perubatan bagi merawat warga asing yang terdedah kepada risiko pelbagai jenis penyakit," katanya.




PLKN, Rohingya, Ahmad Kamel Ibrahim

Artikel Lain