suria

Najib Rasa Gegaran Gempa Bumi Tokyo

Najib dan Menteri Luar Fumio Kishida mengadakan perbincangan semasa lawatan beliau ke Jepun. -foto BERNAMA
PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak turut merasai gegaran gempa bumi 5.6 magnitud di Tokyo.

Tetapi keadaan tenang, Perdana Menteri menulis di Twitternya, Isnin, beberapa minit selepas gempa bumi itu melanda Tokyo di mana beliau kini dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Jepun.

"Sblm mesy bersama kapten industri td Tokyo dilanda gempa bumi. Rasa gegaran, lantai, lampu bergerak. Apa pun semua tenang, Alhamdulillah," katanya di Twitter pada pukul 4.45 petang Isnin.

Reuters memetik Agensi Meteorologi Jepun sebagai berkata gempa bumi itu direkodkan di Tokyo dan kawasan sekitarnya.

Tiada amaran tsunami dikeluarkan dan tiada laporan segera kerosakan atau tanda-tanda abnormal di kawasan nuklear.

Gempa yang berpusat di wilayah Ibaraki, timur laut Tokyo, menggegarkan bangunan di ibu negara dan menghentikan perkhidmatan keretapi.

Kedua-dua landasan lapangan terbang Narita ditutup bagi pemeriksaan tidak lama selepas gempa bumi itu tetapi lapangan terbang Haneda beroperasi seperti biasa.

Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor tiba di Tokyo pada pagi Ahad untuk lawatan atas jemputan Perdana Menteri Shinzo Abe.

Najib turut menghadiri mesyuarat meja bulat dengan 34 ketua-ketua industri, sebelum mengadakan mesyuarat dua hala dengan Abe.

Artikel Lain