suria

KPN Sahkan 139 Kubur Dipercayai Milik Warga Asing

KETUA Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis, Wang Kelian, Perlis pada Isnin.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu dan kini sedang berusaha untuk mengeluarkan mayat-mayat berkenaan lewat petang ini. 

Menurut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops wawasan khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan oleh pihaknya sejak 11 Mei lalu.

Pada 2014, seramai 1914 pendatang asing di sempadan Perlis, 2094 orang di sempadan Kedah, 3462 orang di sempadan Kelantan dan 990 orang di sempadan Perlis telah ditahan.

Bagi tahun 2015 bermula Januari sehingga awal Mei lalu, seramai 1305 pendatang asing telah ditahan di sempadan Perlis manakala 853 orang di sempadan Kedah, 498 orang di sempadan Perak dan 88 orang di sempadan Kelantan.


Kubur, warga asing

Artikel Berikut

Artikel Lain