suria

IIM Sedia Sertai Pasukan Khas Siasat IMDB

KUALA LUMPUR: Institut Integriti Malaysia (IIM) bersedia jika diminta menyertai pasukan khas bagi menjalankan siasatan menyeluruh terhadap pelbagai dakwaan dan tohmahan berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Timbalan Presiden IIM, Dr Fadzli Ahmad Tajuddin berkata, bagaimanapun, buat masa ini belum ada sebarang perbincangan terhadap perkara itu kerana ia masih dalam siasatan.

"Setakat ini kami masih lagi berkecuali berhubung isu itu kerana ia masih dalam siasatan, namun kalau kerajaan mahu IIM ambil bahagian dalam pasukan khas itu kami bersedia.

"Tugas dan tanggungjawab IIM lebih luas iaitu memberi kesedaran diperingkat masyarakat tentang integriti dan rasuah. Ia bukannya apabila sesuatu perkara berbangkit dan sudah menjadi isu seperti 1MDB," ujarnya kepada mStar Online.

Beliau ditemui pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara IIM dengan Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia (NTCM) di Institut Intergriti Malaysia, di sini, Isnin.

Dr Fadzli Ahmad Tajuddin

Fadzli berkata demikian ketika diminta mengulas tentang badan bebas SPRM iaitu Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) yang mencadangkan sebuah pasukan petugas khas dibentuk bagi melakukan siasatan terhadap 1MDB.

LPPR berkata, anggota pasukan itu perlu dianggotai oleh kesemua agensi penguat kuasa termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia, Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Malaysia serta Jabatan Audit Negara.

Penubuhan pasukan itu perlu kerana SPRM hanya boleh menyiasat kesalahan berkaitan dengan kes rasuah di bawah Akta SPRM 2009.

LPPR turut menegaskan bahawa penubuhan pasukan petugas khas itu penting bagi satu siasatan yang menyeluruh dikendalikan dan dibawa kepada umum.
SPRM, IIM, 1MDB

Artikel Lain