suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Labuan Sasar Belia Perangi Rasuah

LABUAN: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyasarkan golongan muda dalam kakitangan kerajaan dan belia di semua peringkat dalam memerangi rasuah.

Sembilan agensi penguatkuasaan dan pihak berkuasa tempatan iaitu polis, kastam, imigresen, Perbadanan Labuan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Jabatan Kerja Raya (JKR), wakil belia kampung dan pemimpin dan pelajar Kolej Antarabangsa Labuan Universiti Malaysia Sabah (UMSKAL) mengambil bahagian dalam 'Program Sifar Rasuah', Sabtu.

Program sehari dengan kerjasama UMSKAL bertujuan untuk mendidik dan mewujudkan kesedaran di kalangan belia di semua peringkat berhubung usaha dan langkah pencegahan rasuah.

Pengarah SPRM Labuan, Jamaluddin Bakar berkata, program antirasuah akan terus diperluaskan dan dikembangkan kepada kumpulan tertentu yang tugasnya  terdedah kepada unsur-unsur rasuah.

Satu seminar bertajuk 'Peranan Belia dalam Pencegahan Rasuah' juga diadakan dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Labuan dan Unit Pendidikan Komuniti Labuan.

"Program ini memberi kesan positif kepada golongan belia. Program ini adalah satu pengiktirafan kepada penyertaan belia dalam memerangi rasuah," katanya pada pelancaran program itu.

Beliau berkata program itu adalah sebahagian daripada usaha dan strategi  SPRM untuk mendapatkan sokongan orang ramai di semua peringkat dalam usaha antirasuah.-- Bernama


SPRM, belia, Program Sifar Rasuah

Artikel Berikut

Artikel Lain