Pelajar Tingkatan Tiga Antara Empat Pasangan Ditahan Jaim - Semasa | mStar

Pelajar Tingkatan Tiga Antara Empat Pasangan Ditahan Jaim

Khalwat
Pelajar perempuan berusia 15 tahun antara yang ditahan Jaim, awal pagi Ahad. Gambar Hiasan.

MELAKA: Seorang pelajar perempuan tingkatan tiga antara empat pasangan ditahan dalam operasi penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) di sini, Ahad.

Pengarah Jaim Ismail Hamid berkata, pelajar sebuah sekolah menengah di Masjid Tanah, Alor Gajah dekat sini ditahan bersama teman lelakinya berusia 22 tahun dalam sebuah bilik di hotel bajet di Jalan Tun Ali pada pukul 2.50 pagi.

"Kedua-dua mereka ditahan untuk siasatan lanjut dan Jaim akan memaklumkan perkara ini kepada ibu bapa dan pihak sekolah pelajar perempuan terbabit," katanya kepada pemberita di sini, Ahad.

Beliau berkata dalam operasi tiga jam melibatkan 10 anggota penguat kuasa Jaim bermula 12 tengah malam tadi, jabatan itu menahan tiga lagi pasangan berumur 22 hingga 34 tahun di hotel berasingan di Kampung Lapan dan Malim di sini.

"Pasangan tersebut termasuk seorang wanita warga Indonesia berusia 28 tahun dan pasangannya lelaki Bangladesh berusia 34 tahun yang masing-masing telah berkeluarga," katanya.

Ismail berkata, kesemuanya ditahan mengikut Seksyen 53 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu bersekediaman/berkurung/bersunyian tanpa nikah yang memperuntukkan hukuman denda RM3,000 atau penjara 24 bulan atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Beliau berkata, dalam operasi sama, dua pasangan lelaki dan wanita berusia 20an ditahan mengikut Seksyen 71 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991 iaitu melakukan perbuatan tidak sopan di khalayak ramai ketika operasi dijalankan di Dataran 1Malaysia, Klebang di sini.-- Bernama  

Jaim , Masjid Tanah

Artikel Sebelum

PAS Ada DHPP, Tak Perlu DAP

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).