PAS Ada DHPP, Tak Perlu DAP - Semasa | mStar

PAS Ada DHPP, Tak Perlu DAP

Nasrudin Hassan Tantawi

PETALING JAYA: PAS tidak perlukan DAP untuk memberi kefahaman kepada orang bukan Islam berkaitan dasar dan perjuangan parti itu, kata Nasrudin Hassan Tantawi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, parti itu akan memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai alternatif untuk mendekatkan diri kepada golongan bukan Islam.

"Tatkala DAP jelas jual mahal, DHPP kan ada. Pastikan DHPP dapat ditubuhkan di semua kawasan dan aktifkannya sebagaimana aktifnya dewan-dewan yang lain di peringkat cawangan, kawasan, negeri dan kebangsaan.

"Saya yakin, saat DAP tunjuk sikap payah nak berkira dan sering menyerang PAS, fenomena baru akan muncul di mana DHPP akan tubuh semarak diseluruh negara," katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di Facebook pada Ahad.

Sebelum ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan partinya sedia untuk memutuskan hubungan dengan DAP ekoran sikap pemimpin parti itu dalam membentuk kabinet bayangan.

Menurut Hadi, DAP bukan satu-satunya parti yang mewakili masyarakat bukan Islam di negara ini, sebaliknya PAS turut mempunyai sokongan kelompok melalui DHPP.

Mengulas lanjut, Nasrudin yang juga Ahli Parlimen Temerloh berkata, sikap DAP yang secara konsisten menolak perjuangan PAS tidak mewakili masyarakat bukan Islam secara keseluruhannya.

"Tidak semua non Muslim menolak PAS. Meskipun DAP begitu ghairah mencari dan mencipta alasan untuk menolak perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS, nyata sikap DAP itu bukanlah mewakili keseleluruhan non Muslim, terutama yang mendapat maklumat dan kefahaman yang betul mengenai perjuangan PAS," katanya.

Nasrudin Hassan , DHPP , DAP , PAS

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain