suria

11 Peserta Dakwa Ditipu Agensi Kendalian BL1M

BUTTERWORTH: Sebelas peserta program Bantuan Lesen1Malaysia (BL1M) dari Bagan Lebai Tahir, di sini mendakwa ditipu agensi yang mengendalikan program berkenaan selepas gagal memperoleh lesen memandu sejak dua tahun lepas. 

Wakil kumpulan berkenaan Mohd Yusffi Maidin, 36, berkata dia dan peserta lain tertarik untuk mengikuti program berkenaan kerana harga yang ditawarkan lebih murah berbanding yang dikenakan Institut Memandu. 

"Saya dan rakan-rakan telah membayar sebanyak RM199 untuk mendapatkan lesen memandu untuk motosikal bagi program B1LM yang dianjurkan di Tasek Gelugor pada 2013 dan mengikuti taklimat yang disampaikan sebuah agensi.

"Selepas taklimat agensi itu, kami dimaklumkan peserta akan dihubungi untuk ujian mendapatkan lesen, bagaimanapun sehingga hari ini saya dan yang lain ini langsung tidak dihubungi," katanya pada sidang akhbar pada Sabtu.

Mohd Yusffi berkata berikutan itu, kebanyakan peserta terpaksa mengambil lesen dengan Institut Memandu lain dan membayar semula yuran yang dikenakan.

BL1M, peserta ditipu

Artikel Lain