suria

5,000 Penjawat Awam Di Bawah Prestasi Sebenar - Ali Hamsa

Najib (kiri) bersama Dr Ali Hamsa ketika merasmikan sambutan Hari Terbuka Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) 2015 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada Sabtu. Foto: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kira-kira 5,000 daripada 1.6 juta penjawat awam dikenal pasti mempunyai skor pencapaian di bawah 60 peratus sejak dasar pemisah (exit policy) diperkenalkan pada tahun lepas.  

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa berkata kesemua mereka didapati melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak hadir bertugas selama 200 hari setahun dan mempunyai komitmen luar tugas. 

"Kita tidak terus buang mereka. Kita akan bagi latihan, kursus, pemantauandan pemerhatian dalam tempoh enam bulan sebelum mereka diberi pilihan untuk berhenti," katanya dalam sidang akhbar selepas majlis perasmian sambutan Hari Terbuka NBOS (Strategi Lautan Biru Kebangsaan) oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, Sabtu. 

Menurutnya, selain diberi latihan, penjawat awam terbabit juga bolehditukarkan jabatan atau portfolio masing-masing bagi meningkatkan dan menambah baik prestasi mereka.  

Ali berkata dasar pemisah itu juga disambut baik Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) demi penambahbaikan perkhidmatan awam ketika ini dan di masa hadapan.

Menurut dokumen Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) yang dibentangkan Najib di Dewan Rakyat Khamis lepas, kerajaan bakal memperkenalkan dasar pemisah bagipersonel berprestasi rendah selain merasionalisasi sektor awam dan mewajarkansaiz perkhidmatan. 

Langkah itu bertujuan menjadikan perkhidmatan awam berfokuskan rakyat yang disokong dengan bakat yang lebih berkemahiran, kurang lapisan hirarki dan birokratik, kurang pemusatan kerja serta perkhidmatan yang lebih mudah dicapai,cekap dan berkesan untuk rakyat.

Artikel Sebelum

Artikel Lain