suria

Penggubalan Strategi Pembangunan Negara Dapat Bantu Perkukuh RMK11

KUALA LUMPUR: Penggubalan cadangan Strategi Pembangunan Negara dan Blueprint Produktiviti Malaysia lima tahun adalah penyelesaian yang baik untuk mengukuhkan pendekatan pelaksanaan dan mengawal mekanisme Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11).

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam di Institut Strategi Asia dan Kepimpinan (Asli) Tan Sri Ramon Navaratnam berkata sebuah agensi, yang terdiri daripada wakil sektor kerajaan dan swasta, perlu diwujudkan untukmemantau pelaksanaan RMK11.

"Ini akan meningkatkan penyertaan rakyat dan mendapat lebih banyak sokongan bagi RMK11. Perancangan dan pelaksanaan itu boleh menjadi lebih dinamik dan tidak berpusat," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata cadangan dan projek-projek dalam RMK11 perlu dipantau rapi untuk memastikan rakyat mendapat manfaat sepenuhnya daripada dasar kerajaan.

Oleh itu, beliau berkata penilaian yang betul mesti dijalankan setiap kali kekurangan dalam prestasi dikenal pasti.

"Laporan Ketua Audit Negara perlu diambil secara lebih serius dan ditanganioleh pihak berkuasa berkenaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan polis.

"Tumpuan pada pembaharuan tadbir urus yang baik dan anti-rasuah perlu dijadikan keutamaan dalam usaha ke arah mencapai status negara maju menjelang 2020, " katanya.

RMK11

Artikel Berikut

Artikel Lain