Muhammad Taib Mahu Tinggalkan PAS? - Semasa | mStar

Muhammad Taib Mahu Tinggalkan PAS?

PETALING JAYA: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Mohd Taib dilapor mahu meninggalkan PAS dan akan menunggu sehingga selesainya Muktamar Agung parti itu awal bulan depan sebelum membuat keputusan muktamad mengenainya.

Menurut laporan yang dipetik daripada Malaysiakini, Muhammad dikatakan berhasrat berbuat demikian selepas kecewa dengan parti tersebut.

Muhammad berkata, pemimpin PAS ketika ini mengabaikan pendekatan yang pernah diambil oleh bekas mursyidul am mereka, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Katanya, Nik Aziz menunjukkan rasa kasih dan hormat kepada semua pihak tanpa mengambil kira agama dan suku bangsa mereka.

“Kita mahukan seorang tokoh warak seperti Allahyarham Nik Aziz sebagai pemimpin. Semua orang sayang kepada dia. Orang Buddha sayang, Hindu sayang. Tapi kita tak lagi nampak macam tu,” katanya.

Sebelum ini, kata Muhammad, beliau sangat berminat dengan PAS.

“Kini tak berminat sangat,” katanya.

Beliau yang berkhidmat sebagai Menteri Besar Selangor antara Ogos 1986 hingga April 1997 berkata, faktor itu menjadi antara pendorong anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Tamrin Ghafar meninggalkan PAS tahun lalu.

“Sahabat saya Tamrin dah meninggalkan PAS. Kata beliau, PAS sekarang dah mengarut. Saya masih mahu menunggu keputusan pemilihan dalam muktamar nanti,” jelasnya.

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain