Kubur Beramai-ramai Ditemui Di Padang Besar - Semasa | mStar

Kubur Beramai-ramai Ditemui Di Padang Besar

Seorang pegawai polis peronda sempadan Thailand mengawal kawasan di sebelah tempat tinggal sementara disyaki kepunyaan etnik pelarian Rohingya selepas kubur beramai-ramai ditemui di sebuah hutan di daerah Sadao, wilayah Songkhla, selatan Thailand pada 2 Mei lalu. Pihak berkuasa menemui kubur beramai-ramai yang mengandungi sekurang-kurangnya 30 mayat di sebuah kem penyeludupan manusia di selatan Thailand.

EKSKLUSIF

KANGAR: Sebuah kubur besar yang dipercayai mengandungi hampir 100 pendatang Rohingya dijumpai di Padang Besar.

Menurut sumber, komando polis dan pasukan forensik dari Bukit Aman tiba di tempat kejadian pada petang Jumaat lalu.

Walaupun tiada pengesahan lokasi sebenar kubur berkenaan, sumber berkata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dijangka akan mengadakan sidang akhbar esok.

Beberapa kenderaan pacuan empat roda polis forensik dilihat memandu pulang dari sempadan di Padang Besar.

"Setakat ini tiada maklumat boleh didapati kerana dipercayai polis di sedang menjalankan operasi," kata sumber itu.

Seorang pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar berkata lokasi itu merupakan kawasan larangan dan tidak boleh diakses oleh orang awam.

"Tempat itu telah dikepung dan ia terletak di kawasan yang berbukit," katanya.

Penduduk kampung berkata ada kemungkinan bahawa kubur beramai-ramai telah dijumpai di Padang Besar.

"Orang-orang Rohingya boleh mati mana-mana sahaja dan bukan sahaja di Thailand.

"Anda tidak boleh memilih tempat di mana anda mahu mati," katanya.

Pemeriksaan di klinik Padang Besar menunjukkan berada dalam keadaan tenang.

Situasi di pekan Padang Besar juga normal kecuali kehadiran beberapa kenderaan pacuan empat roda dan kereta polis dilihat berada di hadapan gerai makan di sini.

Artikel Sebelum

Pulau Pinang Tolak Rohingya

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel

MMA cabar ego Zul Ariffin