suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ops Warta: 836 Individu Ditahan Gagal Jelas Waran Tangkap, Saman

KUALA LUMPUR: Sebanyak 836 individu ditahan kerana gagal menyelesaikan waran tangkap dan saman mereka menerusi Ops Warta yang dijalankan sejak Selasa lepas.

Menurut laporan Cawangan Trafik Bukit Aman, daripada jumlah berkenaan, 283 individu akan dituduh di mahkamah manakala 553 individu diberi jaminan.

Laporan itu memaklumkan Selangor mencatatkan jumlah tertinggi iaitu 225 individu ditahan, 84 dituduh dan 141 diberi jaminan.

Ini diikuti Melaka dengan 110 ditahan; 100 dituduh dan 10 jaminan, Kedah 105 ditahan, 13 dituduh dan 92 jaminan.

Sementara itu, sebanyak 3,827 individu di seluruh negara menyerah diri ketika operasi berkenaan dijalankan.

Polis Diraja Malaysia sebelum ini memaklumkan bahawa mereka akan bertegas dalam melaksanakan operasi mengesan individu yang belum menyelesaikan waran tangkap dan saman trafik.

-- BERNAMA
Ops Warta

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain