suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemilik Kedai Emas Maut Selepas Diserang

JOHOR BAHRU: Seorang pemilik kedai emas maut dipercayai akibat diserang seorang individu di hadapan premisnya di Jalan Datuk Kapten Ahmad, dekat pusat bandar Kluang, pada Jumaat.

Kejadian berlaku pada kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa yang berumur 40-an itu dikatakan baru hendak memulakan operasi perniagaan.

Mangsa dikatakan turut bertengkar dengan suspek sebelum rebah di hadapan kedai akibat ditikam dengan senjata tajam dan suspek kemudiannya dipercayai melarikan diri dengan sebuah kereta.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kluang DSP Mohd Noor Mohamad ketika dihubungi berkata mangsa meninggal dunia sewaktu mendapatkan rawatan di Hospital Enche' Besar Hajjah Khalsom, Kluang.

Beliau berkata polis kini sedang melakukan siasatan terperinci dari pelbagai sudut untuk mengenal pasti motif kejadian.

Kes itu katanya disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.

Kedai Emas

Artikel Berikut

Artikel Lain