suria

Gaji Meningkat Selaras Matlamat RMK11 Untuk Tingkat Produktiviti

- Gambar hiasan
PETALING JAYA: Gaji pekerja akan meningkat selaras dengan matlamat Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) untuk  meningkatkan produktiviti, inovasi dan memperkasa pertumbuhan ekonomi untuk peningkatan kemakmuran, kata Ketua Pegawai Eksekutif TalentCorp Johan Merican.

Beliau berkata penekanan RMK-11 terhadap produktiviti adalah penting seperti yang digariskan dalam laporan teras pertumbuhan ekonomi kejuruteraan semula untuk kemakmuran.

"Jika kita tidak meningkatkan produktiviti, ia tidak akan diterjemahkan kepada upah. Peningkatan produktiviti membolehkan gaji meningkat, dan kemudian kita boleh menarik bakat yang lebih baik, " katanya.

Beliau juga berkata bahawa pendidikan vokasional, satu bidang yang ditekankan oleh Perdana Menteri, adalah penting dalam pembangunan modal insan memandangkan  industri utama telah berkembang dengan banyak cara.

Ketua Ekonomi Kumpulan RAM Holdings  Dr Yeah Kim Leng berkata Putrajaya mempunyai matlamat untuk meningkatkan pertumbuhan merentasi semua sektor ekonomi dengan peningkatan produktiviti, inovasi, bakat yang lebih baik dan pengantarabangsaan yang lebih besar.

"Kerajaan telah melakukan sesuatu yang betul."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain