suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPR Akan Teliti Keputusan Mahkamah Tinggi Kuching Berhubung Persempadanan

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan meneliti secara terperinci keputusan Mahkamah Tinggi Kuching berhubung arahan agar  mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak, kata Setiausaha SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh.

Beliau berkata, buat masa ini pihak SPR belum menerima pemakluman rasmi mengenai perkara itu dan hanya mengetahui tentangnya melalui media massa.

"Kami akan tengok butiran keputusan mahkamah pada Isnin sebabnya kami hanya mendengar melalui media sahaja.

"Apa-apa hal kami akan buat kenyataan pada Isnin selepas kami dapat maklumat," katanya kepada Bernama di sini, Sabtu.

Jumaat, Hakim Mahkamah Tinggi Kuching Yew Jen Kie mengarahkan SPR agar mengeluarkan semula notis tentang persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak dengan mematuhi peruntukan dalam Jadual 13 Perlembagaan Persekutuan.

Ini kerana hakim mendapati terdapat kekurangan maklumat penting dalam  notis bertarikh 5 Jan bagi orang ramai yang terlibat untuk membuat keputusan.

SPR mula mempamerkan syor jumlah Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Negeri bagi Sarawak yang ditambah itu pada 5 Jan lepas hingga 4 Feb di beberapa tempat di negeri itu.

Berikutan keputusan mahkamah itu bermakna SPR harus mengadakan semula persempadanan kawasan pilihan raya di Sarawak.-- Bernama

SPR, Mahkamah Tinggi Kuching

Artikel Lain