suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pengetua, Guru Besar Dapat Kenaikan Elaun

JITRA: Bermula Julai ini, pengetua sekolah akan menerima elaun yang lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Pengumuman itu dibuat Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa sambutan Hari Guru ke-44 peringkat kebangsaan di Dewan Wawasan di sini, Sabtu.

Muhyiddin yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata 2,405 pengetua sekolah menengah akan menerima RM300 berbanding RM150 sebelum ini manakala 7,757 guru besar sekolah rendah akan mendapat RM200 dan bukan lagi RM100.

"Sebagai Menteri Pelajaran saya amat berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana bersetuju dengan cadangan untuk menaikkan kadar bantuan.

"Semua pengetua dan guru besar memainkan peranan penting dalam memastikan kecemerlangan sekolah," katanya.

Hari Guru 2015, Muhyiddin Yassin

Artikel Berikut

Artikel Lain