suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Polis Siasat Kesahihan Panggilan Tuntut Wang Tebusan

KOTA KINABALU: Polis sedang menyiasat kesahihan panggilan yang dikatakan menuntut wang tebusan jutaan ringgit untuk membebaskan dua rakyat Malaysia yang diculik dari sebuah restoran di Sandakan Khamis lalu.

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya sedang menyiasat dakwaan yang dibuat oleh sebuah akhbar tempatan.

"Saya hanya akan mengulas selepas itu," katanya kepada The Star pada Sabtu.

Utusan Malaysia melaporkan dengan memetik sumber keselamatan sebagai berkata bahawa mereka menerima panggilan daripada penculik yang menuntut wang tebusan dalam jumlah yang besar pada lewat Jumaat.

Bagaimanapun jumlah tuntutan itu tidak didedahkan.

Menurut laporan itu lagi, sumber keselamatan memberitahu, walau bagaimanapun perkara itu tidak akan dipenuhi sebaliknya rundingan berhubung pembebasan sedang berjalan.

Kejadian penculikan di Sabah berulang apabila dua rakyat tempatan diculik pada lewat petang Khamis lalu dipercayai didalangi oleh kumpulan Muktadil Brothers.

Kejadian berkenaan berlaku pada pukul 7.40 malam di Restoran Ocean King, Jalan Tanah Merah, Sandakan dan mangsa merupakan seorang wanita yang juga pengurus di restoran berkenaan, Thien Nyuk Fun, 50, dan seorang lelaki, Bernard Ghen Ted Fen, 39, yang merupakan konsultan elektronik di Kemboja.

Penculikan Sandakan, Ocean King

Artikel Lain