suria

Kerajaan Cadang Pinda Akta Jenayah Seksual

KUALA LUMPUR: Kerajaan bercadang meminda undang-undang  berkaitan jenayah seksual khususnya rogol bagi melindungi golongan kanak-kanak daripada teraniaya dan menjadi mangsa nafsu seks.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pindaan itu akan dibuat selepas pihaknya membuat kajian menyeluruh ke atas  Seksyen 375 dan Seksyen 376 Kanun Keseksaan berkaitan jenayah rogol, yang tidak pernah dipinda sejak 58 tahun lepas.

"Kita perlu nilai dan pinda kerana seksyen itu telah digunakan sejak 1957 tanpa ada sebarang perubahan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penghargaan Kecemerlangan Tugas, di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur (IPKKL), Khamis.

Turut hadir, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Tajudin Md Isa serta wakil Yayasan Patriot Malaysia, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Persatuan Community Policing Malaysia.

Pada majlis itu, L/Kpl Al Aliff Al Zam dan Konstabel Mohd Rasyidi Ismail dianugerahkan sijil penghargaan, wang tunai serta cenderahati di atas jasa mereka menyelamatkan nyawa seorang pemandu terperangkap dalam kenderaan yang terbakar di Lebuhraya Sprint, 1 Mei lepas.

Artikel Lain